Serangan berasingan Serangan Paris November 2015

Kronologi serangan

13 November:

  • 21:20 – Serangan berani mati pertama berdekatan Stade de France.[20][11]
  • 21:25 – Tembakan beramai-ramai di rue Bichat.[20]
  • 21:30 – Serangan berani mati kedua berdekatan Stade de France.[20]
  • 21:32 – Tembakan beramai-ramai di rue de la Fontaine-au-Roi.[20]
  • 21:36 – Tembakan beramai-ramai di rue de Charonne.[20]
  • 21:40 – Serangan berani mati di boulevard Voltaire.[20]
  • 21:40 – Tiga orang lelaki memasuki teater Bataclan dan mula menembak kearah penonton.[20][11]
  • 21:53 – Serangan berani mati ketiga berdekatan Stade de France.[20]
  • 22:00 – Penyerang menahan seramai 60 orang tebusan di teater Bataclan.[11][21]

14 November:

  • 00:20 – Pasukan keselamatan memasuki teater Bataclan.[20][11]
  • 00:58 – Pasukan Polis Perancis menembak mati semua penyerang di teater Bataclan.[21][11]
Semua masa menggunakan CET (UTC+1).
Lokasi pengeboman berdekatan Stade de France
Restoran McDonald's.
Rue Jules-Rimet, di hadapan restoran Quick.
Restoran Events.

Tujuh serangan berasingan telah berlaku,[22] terdiri daripada enam penembakan[11] dan tiga letupan.[23][24] Letupan terjadi berhampiran Stade de France, sementara penembakan dilaporkan terjadi di sekitar jalan Rue Alibert, Rue de la Fontaine-au-Roi, Rue de Charonne, panggung Bataclan di Boulevard Voltaire, Avenue de la République, dan Boulevard Beaumarchais.[19]

Letupan di Stade de France

Tiga letupan[8][25][26] berlaku berdekatan dengan stadium sukan nasional Perancis, Stade de France, di pinggir bandar Saint-Denis, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian. Letupan-letupan ini terjadi pada 21:16, 21:30, dan 21:53.[27]

Rue Bichat dan Rue Alibert

Serangan-serangan pertama terjadi di jalan Rue Bichat dan jalan Rue Alibert, dekat Terusan Saint-Martin di daerah ke-10. Para pengganas telah menembak orang ramai yang berada di luar Le Carillon, sebuah bar kafe, pada sekitar 21:20 CET.[28]

Rue de la Fontaine-au-Roi

Pada jam 21:32, seorang lelaki bersenjatakan mesingan telah melepaskan tembakan di luar Café Bonne Bière,[27] berhampiran dengan restoran Itali La Casa Nostra, di rue de la Fontaine-au-Roi di selatan rue Bichat. Pendakwaraya Paris memaklumkan bahawa lima orang telah terbunuh manakala lapan lagi cedera.Seorang saksi melaporkan bahawa beliau telah melihat seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan singkat beberapa kali.[29]

Rujukan

WikiPedia: Serangan Paris November 2015 http://www.lameuse.be/1423449/article/2015-11-14/e... http://www.20min.ch/ro/news/monde/story/Soudain--l... http://english.astroawani.com/malaysia-news/paris-... http://english.astroawani.com/world-news/anti-musl... http://english.astroawani.com/world-news/france-pa... http://english.astroawani.com/world-news/paris-rai... http://english.astroawani.com/world-news/third-bod... http://www.astroawani.com/berita-dunia/najib-wan-a... http://www.astroawani.com/berita-dunia/obama-ketua... http://www.astroawani.com/berita-dunia/penyerang-p...